Bakteria yang membantu pertanian

Hasil yang kualiti memerlukan tanah yang subur. Dahulu, petani akan menggunakan tahi lembu tetapi kaedah ini akan menyebabkan serangga seperti lalat serta bau yang tidak menyenangkan. Maka, ia tidak sesuai untuk pertanian bandar (urban farming). Oleh itu, Saintis Jepun telah membuat kajian mikroorganisma sebagai pembantu alam sekitar ini dengan menamakan ia “Effective Microbes”.

Apa itu Effective Microbes(EM)

Effective Microbes (EM) ialah mikro-organisma yang terdiri daripada Bakteria asid laktik, yis, dan bakteria fototropik. Gabungan mikroorganisma aerobik (memerlukan oksigen untuk bertahan hidup) dan anaerobik (tidak memerlukan oksigen untuk terus hidup) yang wujud bersama untuk kelebihan kedua-dua (simbiosis). Mikrob ini tidak boleh nampak pada mata kasar manusia. Ia tidak memudarat tetapi lebih banyak memberi manfaat.

Kelebihan bakteria EM

EM ialah teknologi berkos rendah, bertindak cepat dan efektif. Ia boleh meningkatkan nutrisi tanaman, peningkatan nitrogen di dalam tanah, mengurankan keperluan baja dan racun kimia dan menguraikan gas bahaya seperti ammonia.