PERUTUSAN PENGERUSI

Perutusan Tan Sri Abu Kassim

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala pujian hanya bagi Allah s.w.t.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabl Muhammad S.A.W. dan kerabat baginda.

Assalamua’laikum Warahma’tullahi Wabarakatuh

Syukur alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t. kita dapat bertemu dan berkumpul pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Partama Koperasi Kebuniti Selangor Berhad (KOBUNlTl) pada hari ini.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa-Jawatankuasa dan warga kerja dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif yang telah dirancang dengan penuh tanggungjawab dan bekerjasama bagi merealisasikan impian KOBUNlTl. Saya juga mengucapkan terima kasih yang tidak berbelah bagi kepada semua ahli anggota yang terus memberi sokongan padu kepada KOBUNlTl.

KOBUNITl telah memulakan perniagaannya pada tahun 2020 yang cukup mencabar iaitu semasa penularan pandemik COVID-19 yang mamperlahankan kerancakan ekonomi negara dan juga dunia. Dengan keazaman yang kuat, KOBUNITI telah berjaya mengharungi detik-detik kosukaran manjalankan aktiviti-aktiviti perniagaannya pada tahun 2020 dengan mencatat keuntungan tahun pertama yang positif.

Aktiviti-akliviti perniagaan yang telah dilaksanakan oleh KOBUNITI adalah penyediaan kebun di Seksyen U12 Shah Alam yang menghasilkan produk tanaman organik, buah-buahan, nurseri serta restoran. Malahan KOBUNITI juga telah menyediakan program latihan pertanian bandar bagi peserta-peserta golongan B40. pesara kerajaan yang tergolong dalam B40, lepasan graduan yang berminat menceburi bidang pertanian dan pekerja yang hilang pekerjaan di bawah peruntukan Penjana HRDF.

Bagi memperkukuhkan lagi pendapatan bagi tahun yang seterusnya. KOBUNITI telah menubuhkan 3 buah subsidiari yang baru untuk memperkembangkan lagi aktiviti-aktiviti perniagaannya. Subsidiari-subsidiari itu adalah Kobunltl Sdn. Bhd. Kobuniti Training and Consultancy Sdn. Bhd. dan Kobuniti Nursery and Landscaping Sdn. Bhd.

Akhir kata, saya ingin sekali Iagi merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terirna kasih yang tidak terhingga diatas sokongan padu dan kepercayaan daripada ahli anggota terhadap apa jua aktlviti yang dilaksanakan oleh KOBUNITI.

Teruskan sokongan anda.

Terima kasih

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh