FERTIGASI

Fertigasi (fertigation) berasal daripada perkataan fertilisation dan irrigation. Penanam secara fertigasi adalah kaedah penanaman yang mana baja lengkap dalam bentuk larutan nutrien dialirkan ke pokok di dalam polybag atau pasu melalui saluran pengairan yang diukur dengan masa (timer) mengikut tumbesaran pokok.

Dengan itu, prestasi tanaman sangat dipengaruhi oleh kadar nutrien yang seimbang, kepekatan dan mutu baja sama ada kimia atau organik yang disalurkan. Metode merupakan salah satu teknologi dalam pertanian moden yang boleh menjana keuntungan kepada pekebun.

Huraian teknologi fertigasi

Teknologi penanaman secara fertigasi ialah satu cara penanaman dalam kepadatan yang tinggi dan boleh dijalankan sepanjang musim selain dapat mengelakkan tananam daripada dijangkiti oleh penyakit akar bawaan tanah seperti Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria. Tanah boleh juga digantikan dengan bahan lain ( nama lain ialah medium) iaitu cocopeat, perlite, sekam padi, hydroton, dan vermiculite.

Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada tananam dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari. Larutan baja yang mengandungi semua nutrien untuk keperluan setiap peringkat (stage) pokok diberikan terus ke akar tananam.

Teknologi fertigasi ini lebih praktikal di bawah greenhouse kerana pengawalan serangga dan pembajaan lebih berkesan berbanding dengan penanaman fertigasi secara terbuka.

Kelebihan Teknologi

Hasil Pengeluaran dan kualiti lebih meningkat berbanding tanaman konvensional. Penanaman berkepadatan tinggi dapat diusahakan di bawah greenhouse, di tanah yang kurang subur dan tiada masalah penyakit bawaan tanah dengan menggunakan medium.

Pokok mendapat baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran. Pengurangan guna tenaga kerja serta lebih efisien untuk baja dan air.

Bahan rujukan:-

Inovasi Pertanian Bandar terbitan MARDI (2018)